Monday 30 March 2015

03-30-2015 Program Ketanah Jua Akhirnya

Program ini telah diadakan di Kg.Johor Lama Kota Tinggi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan kubur lama dan juga cara penurusan jenazah.





Ustaz Esby turut membersihkan kawasan perkuburan lama.



 As-Syeikh Tn. Hj. Mohd. Fauzi Bin Hj. Bachok, Kadi Daerah Kota Tinggi turut bersama-sama turun padang membersihkan kawasan perkuburan lama.





Bergambar bersama, diantara pegawai Jabatan Agama Islam Johor Daerah Kota Tinggi bersama penduduk Kampung Johor Lama.



Tinggalan sejarah, Kubur lama yang mempunyai sejarah dan kisah yang tersendiri.


Diantara gambar-gambar yang dapt dirakamkan semasa aktiviti bergotong-royong yang dijalankan di Kampung Johor Lama. Kakitangan Jabatan Agama Islam Johor Daerah Kota Tinggi serta penduduk Kampung telah bersama-sama menjayakan aktiviti ini.


Penduduk kampung bersama-sama mendengar serta praktikal cara pengurusan jenazah yang betul.










Ceramah yang disampaikan oleh Kadi Daerah Kota Tinggi kepada penduduk Kampung Johor Lama.



Penduduk Kampung Juga diberikan sumbangan daripada Jabatan Agama Islam Johor.








Saturday 20 December 2014

Sejarah dan Sirah Nabi Muhammad s.a.w


     Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 April 571 Masihi) dan dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu Baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku kaum Quraisy, berasal daripada suku kaum yang dipandang mulia pada ketika itu. Ibu susuan Baginda pula bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat untuk mencari pengasuh bagi anak-anak mereka pada masa itu).

     Nabi Muhammad SAW dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya selepas itu. Bapa Baginda meninggal dunia semasa Baginda berada di dalam kandungan ibunya. Semasa dalam perjalanan pulang melawat kubur suaminya, Aminah binti Wahab (ibu kepada Nabi Muhammad SAW), meninggal di suatu tempat yang dipanggil "Abwa" , Ketika itu Baginda berumur 6 tahun. Maka,tinggallah Baginda seorang diri dan dijaga oleh datuknya.

     Semakin baginda meningkat dewasa, sifat kepimpinan Baginda mula terpancar keluar dan Baginda juga digelar Al-Amin kerana sentiasa berkata benar. Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu Baginda berusia 35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di hadapan Ka'bah, dan dengan tindakan yang bijak Baginda menyelesaikan masalah tanpa ada pihak yang tidak berpuas hati.

    Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun, Baginda sering pergi ke gua Hira' untuk menyendiri daripada kaumnya yang suka menyembah berhala pada ketika itu. dan Baginda tidak suka akan perbuatan itu menyebabkan Baginda mencari tempat untuk menyendiri.

     Pada malam 17 Ramadhan, diatas perintah Allah SWT, malaikat Jibril telah datang kepada Baginda untuk mengajar baginda membaca dengan perkataan "Bacalah" . Akan tetapi Baginda tidak dapat membaca dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang kerumah, dan setibanya Baginda tiba dirumah, Baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril A.S menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat.


     Setelah Baginda (Nabi Muhammad SAW) sedar bahawa beliau adalah Rasul, Baginda telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi selama 3 tahun, berdakwah kepada keluarga dan rakan-rakan terdekatnya. Selepas itu Allah SWT memerintahkan Baginda berdakwah secara terang-terangan. Akibat daripada perkara itu, Baginda mendapat tentangan dari kaum Kafir Quraisy dan meraka mengancam untuk membunuh baginda lalu Allah SWT memerintahkan Baginda berhijrah ke Kota Madinah.

     Setalah BAginda selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan penduduk Bangsa Arab dan seluruh umat manusia, maka pada tanggal 12 Rabiulawal , 11 Hijrah (7 Jun 632 Masihi), Baginda telah pulang ke rahmatullah pada usia 63 tahun dan dimakamkan di kota Madinah. Baginda telah mewariskan kepada keluarganya, sahabatnya dan umat manusia sekaliannya dengan sabda Baginda yang bermaksud :-

"Aku telah meninggalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat jalan, selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis)"


Wednesday 17 December 2014

Kelebihan Hari Khamis dalam Islam

          Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”. Buat pengetahuan pembaca sekalian, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari Khamis, membaca Yaasin pada malam Jumaat dan sebagainya.

          Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: "Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: "Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Baginda menjawab: "Kerana Nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar"

Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Selain itu pada hari Khamis ini juga disunatkan untuk umat Islam melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:

Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Zikir hari Khamis – Zikir yang boleh Anda amalkan pada hari Khamis ini ialah:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ

Doa hari Khamis – Di bawah ini adalah doa-doa yang boleh anda amalkan selepas sembahyang 5 waktu pada hari Khamis ini.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.


يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Monday 15 December 2014

Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur



DOA SUPAYA TIDAK DIIKUTI OLEH SYAITAN KETIKA BALIK MALAM SELEPAS HABIS KERJA / BALIK DARI KUBUR / BALIK DARI HOSPITAL.

     Apabila anda balik ke rumah di tengah malam selepas habis bertugas atau kerja syif malam atau selepas menziarahi saudara yang sakit di hospital. Ataupun balik dari kubur selepas pengebumian ahli keluarga. Sebelum masuk ke dalam rumah elok dibaca doa ini supaya Syaitan dan Jin tidak akan mengikut anda masuk sekali ke dalam rumah anda. Jika anda ada anak kecil mungkin akan terkena sampuk dan rasuk makhluk halus ini.

     Jika kaki anda kotor, basuh dahulu, kemudian bacalah 3 Qul dan diikuti dengan doa ini. Iaitu doa melepaskan diri dari diikuti oleh syaitan dan jin yang di laknat. Jika tidak dibaca, ia akan sentiasa berdamping dengan anda kemana sahaja anda pergi kecuali anda berada di dalam masjid atau ketika anda hendak solat.

"In Kullu Nafsin Lamma AAalayha hafith"

Maksudnya:-

"Tiada sesuatu diri jua pun melainkan ada malaikat yang menjaga ( keadaan serta menyimpan catatan mengenai segalam bawaannya)"

Wasallam