Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 April 571 Masihi) dan dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu Baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku kaum Quraisy, berasal daripada suku kaum yang dipandang mulia pada ketika itu. Ibu susuan Baginda pula bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat untuk mencari pengasuh bagi anak-anak mereka pada masa itu).
Nabi Muhammad SAW dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya selepas itu. Bapa Baginda meninggal dunia semasa Baginda berada di dalam kandungan ibunya. Semasa dalam perjalanan pulang melawat kubur suaminya, Aminah binti Wahab (ibu kepada Nabi Muhammad SAW), meninggal di suatu tempat yang dipanggil "Abwa" , Ketika itu Baginda berumur 6 tahun. Maka,tinggallah Baginda seorang diri dan dijaga oleh datuknya.
Semakin baginda meningkat dewasa, sifat kepimpinan Baginda mula terpancar keluar dan Baginda juga digelar Al-Amin kerana sentiasa berkata benar. Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu Baginda berusia 35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di hadapan Ka'bah, dan dengan tindakan yang bijak Baginda menyelesaikan masalah tanpa ada pihak yang tidak berpuas hati.
Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun, Baginda sering pergi ke gua Hira' untuk menyendiri daripada kaumnya yang suka menyembah berhala pada ketika itu. dan Baginda tidak suka akan perbuatan itu menyebabkan Baginda mencari tempat untuk menyendiri.
Pada malam 17 Ramadhan, diatas perintah Allah SWT, malaikat Jibril telah datang kepada Baginda untuk mengajar baginda membaca dengan perkataan "Bacalah" . Akan tetapi Baginda tidak dapat membaca dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang kerumah, dan setibanya Baginda tiba dirumah, Baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril A.S menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat.
Setelah Baginda (Nabi Muhammad SAW) sedar bahawa beliau adalah Rasul, Baginda telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi selama 3 tahun, berdakwah kepada keluarga dan rakan-rakan terdekatnya. Selepas itu Allah SWT memerintahkan Baginda berdakwah secara terang-terangan. Akibat daripada perkara itu, Baginda mendapat tentangan dari kaum Kafir Quraisy dan meraka mengancam untuk membunuh baginda lalu Allah SWT memerintahkan Baginda berhijrah ke Kota Madinah.
Setalah BAginda selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan penduduk Bangsa Arab dan seluruh umat manusia, maka pada tanggal 12 Rabiulawal , 11 Hijrah (7 Jun 632 Masihi), Baginda telah pulang ke rahmatullah pada usia 63 tahun dan dimakamkan di kota Madinah. Baginda telah mewariskan kepada keluarganya, sahabatnya dan umat manusia sekaliannya dengan sabda Baginda yang bermaksud :-
"Aku telah meninggalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat jalan, selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis)"
No comments:
Post a Comment